Rakan Penjagaan Kesihatan Pilihan Anda

Pada 1 Jun 2015, SELGATE Corporation diberi mandat untuk menerajui usaha PKNS dan Negeri Selangor dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan dengan visi untuk menyediakan penjagaan berkualiti yang berpatutan. Matlamat SELGATE adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di Selangor.

SELCARE MANAGEMENT, anak syarikat milik penuh SELGATE telah diperbadankan pada 10 Oktober 2016 untuk menyediakan perniagaan proses penyumberan luar dalam pentadbiran manfaat kesihatan dan pengurusan serta perkhidmatan pentadbiran pihak ketiga kepada syarikat-syarikat individu dan korporat.

Kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penjagaan yang berkualiti kepada pelanggan kami yang dihargai.